Sunday, 14 June 2009

The Punisher : Where is Zakiah?

Atas permintaan rakan-rakan dan keinginan diri yang membuak-buak tanpa segan silu untuk memberi ulasan mengenai filem-filem tempatan terbaru di negara kita. Filem yang akan disiarkan pada Jun tahun ini berjudul The Punisher : Where is Zakiah? merupakan sebuah filem Melayu walaupun judul filemnya dalam Bahasa Inggeris ia langsung tidak ada kaitan dengan filem keluaran US The Punisher kerana tujuan tajuk dibuat adalah sebagai strategi pemasaran di peringkat antarabangsa. Namun, demikian versi yang siap dengan subtitle masih belum keluar kerana kekurangan pekerja asing dari seberang untuk menterjemah filem ini.


Sudah pasti bila kita lihat tajuknya The Punisher yang bermaksud 'penghukum' menjanjikan aksi-aksi hukuman yang ganas tanpa henti seperti sebatan rotan atau ketuk ketampi dan yang menakutkan adalah cium pokok buluh mak cik sebelah rumah. Siapa kah Zakiah? Mengapa nama beliau terpilih untuk tajuk ini? Mengapa tidak Zack? Mengapa tidak Hafiz AF? Jangan tanya saya sebab persatuan sup dan laksa Sarawak yang mengilhamkan nama itu. Adakah kerana beliau mempunyai hidung serombong ala-ala pelakon Bollywood sehinggakan adik-adik manis kita terkulai layu menatap hidungnya? Sekali lagi, tanya mereka...


Baiklah untuk tidak membuang masa, jangan tonton filem ini. Tetapi sekiranya anda telah bertekad dan berkeras kepala untuk berbuat demikian, maka bersedialah untuk mendengar sipnosisnya. Kisah ini berkisah tentang perjuangan sekumpulan remaja liar yang hyperaktif di sebuah institut dalam mencari makna kehidupan dan bagaimana hendak membuat roti canai ala mamak. Hidup mereka berubah semenjak didatangi insan yang bernama Zakiah. Zakiah mempunnyai personaliti yang menarik kerana beliau berjaya menawan hati budak-budak tersebut dengan menggunakan pelekat atau magnet kecuali saya dalam sekelip mata. Hari demi hari dilalui dengan penuh ketabahan dan bahagia kerana Zakiah sentiasa bersamamu walau di mana berada. Ketika tidur pun wajah Zakiah terbayang kerana waktu Zakiah mengajar anda boleh tidur sepuasnya sambil mendengar beliau berceloteh mengenai harga beras dan kopi yang mahal dijual di Sarikei. Namun demikian sport rim kereta 20 inci dan bumper kereta ala Evo adalah sesuatu yang normal bagi beliau.


Namun demikian, pemergian Zakiah tidak dapat dihalang. Malah bau kentutnya bertiup kencang di sepanjang blok penginapan institut. Remaja-remaja yang kononnya nak buat baik tapi ada makna membuat satu majlis gilang gemilang bagi menghargai pemergiannya dengan harapan semuanya akan berjalan dengan lancar dengan harapan bila jumpa Zakiah di lain masa maka dapatlah minta sponsor KFC atau McD daripada beliau. Majlis itu dihadiri nama-nama besar seperti Perdana Menteri Malaysia, Timb. PM yang menghantar driver dan penjaga kebun mereka ke majlis tersebut.


Setelah sekian lama meninggalkan mereka, barulah mereka perasan akan misteri yang tidak pernah mereka sedar sepanjang kehadiran Zakiah. Rupa-rupanya Zakiah belum lagi menyempurnakan misinya. Masalah demi masalah mulai timbul selepas itu, dan remaja-remaja tersebut semakin keliru sehinggakan mereka cuba mendapat nasihat dari ahli politik yang termasyur, Ketua Kampung Si Pari-pari, malah Pakar motivasi Dato Dr Fadilah Kamsah pun, namun tak ketemu juga jawabannya. Apakah amanah yang tidak belum disempurnakan Zakiah? Adakah Zakiah tidak memberitahu mereka bahawa harga beras sekilo adalah RM2? Adakah sebelum tidur kita belajar mengira sempoa? atau "tugasan ini sepatutnya saya bagi dari dahulu lagi" Begitulah persoalan demi persoalan bermain di dalam kepala hotak mereka yang berjambul. Sehinggakan ada yang tak sehaluan atau selorong dengan mana-mana lebuhraya di KL.


Maka bermulalah pencarian umpama the seeker di ntv7 atau jejak kasih oleh remaja-remaja tersebut(kononnya lah). Namun begitu, dimanakah Zakiah? Google maps pun tidak menjumpainya. Tiada siapa pun tahu bahawa beliau bersembunyi di negeri pantai timur sambil mengunyah budu kesukaannya. Sekiranya beliau ditemui... bayangkan lah hukuman atau bala (bukan Balakrishnan) yang bakal menimpa Zakiah dan kaum kerabatnya...ingat bukan sebab saya tak habaq awal-awal kerana filem ini banyak mengandungi aksi-aksi ganas yang tak terkira banyaknya di penghujung babak yang menyaksikan Zakiah menerima hukuman The Punisher. Seorang demi seorang pelajar menjatuhkan hukuman masing-masing kerana rugi tak buat sebab elaun dah dibazirkan untuk datang mencari beliau Cerita ini diakhiri dengan pertumpahan hingus Zakiah yang meleleh di sepanjang jalan kampung dengan beberapa watak-watak misteri cuba memahami kisah yang terjadi untuk dijadikan cerita di akhbar-akhbar tempatan.


Semoga anda terhibur menonton filem arahan Budak Paling Baik di Institut. Beliau berpengalaman dalam menghasilkan filem kanak-kanak dan remaja, dan ini merupakan filem penuh aksi pertama dari beliau. Dipercayai kos pengambaran adalah disekitar jutaan ringgit hasil dari wang elaun beliau terima setiap bulan. Nama-nama besar filem ini ialah Ahli Politik yang hebat, Ketua Kampung Si Pari-pari, DeeJay Pub Sibu, penampilan khas(cameo) dari Wan from Australia, Tukang Masak Mee Sri Aman, Gangster Sarikei(stuntman) dan penampilan khas dari SIFU. Tidak lupa juga kepada watak-watak sampingan yang telah memberi kerjasama dalam meminjamkan wang elaun bulanan anda bagi menjayakan filem maha jahanam ini untuk tatapan umum. Jasa anda amatlah dihargai dan bertambahlah pahala jika dihalalkan sahaja elaun itu.

Filem terbaru beliau Cemerlang, Gemilang dan Belang2 akan keluar di pasaran pada tahun hadapan. Selamat menonton. Setakat ini filem sekuel The Punisher : Revenge of Zakiah masih dalam pertimbangan.
Akhir kata dari penerbit,
"Wayang Siapa Kalau Bukan Wayang Kami, Slow Learner "

2 comments from fighter:

Siti Aminah AGMA said...

uwah3x marvellous.....very fantastic bombastic, chopstick...xsabar maok nangga filem tuk, next time post blog camtuk gik, maha jahanam mmg syok n best!!! CONGRATS....

kaiserstan said...

There will be more to come

Daisypath Anniversary tickers