Friday 25 September 2009

Selamat Hari Raya 2009



Hai wassup?

Saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin andai kata tersilap kata, tersalah taip(typo), terbuat salah sepanjang anda mengenali saya atau blog ini.

Ini adalah paparan Hari Raya saya di rumah kawan di Sibu. Ini kali kedua saya menyambut raya bersama rakan saya di Sentosa. Hari pertama Raya banyak tetamu datang, macam pelanggan di KFC dan McD, tak putus-putus datang sehinggakan kami tak sempat habiskan sarapan kari ayam dengan lemang. Kalau buat bisnes, boleh laku ni....


Berderet kereta pengunjung yang bertandang



Santai sambil makan-makan


Sesi bergambar say..keju?

Jadi apa azam anda lepas Raya ni?

Wednesday 23 September 2009

Cinta?


"I love you; aku cinta padamu; wo ai ni; aku keran ka nuan; kamek sayang kitak; Je t'aime, Je t'adore; Aishiteru; Sarang Heyo... or whatever they say it, still it has the same means and purposes; to express our feeling towards semeone..."

-kaiserstan-


Cinta merupakan suatu perasaan(rasa) di dalam diri individu yang agak sukar diungkapkan. Perasaan benci tapi sayang, marah tapi sayang, sedih tapi sayang, yang pasti nya kasih sayang intipati utamanya. Pelbagai terjemahan atau definisi diberikan tentang cinta. Apakah itu cinta? atau Love? Sehinggakan nama Romeo dan Juliet diabadikan dalam karya Shakespeare untuk melambangkan betapa agungnya cinta. Diselitkan dalam karya-karya agung, monumen seumpama Taj Mahal yang dilihat sebagai lambang cinta sejati yang kejam. Sehinggakan sebuah tamadun (rujuk filem Troy lakonan Brad Pitt) yang musnah kerana cinta.


Pada pandangan saya, cinta adalah perasaan di dalam diri kita yang membuatkan kita mengambil berat atau menyayangi subjek yang kita inginkan. Subjek itu boleh jadi ibu bapa kita, kawan-kawan, material atau lebih simbolik iaitu cinta kepada negara (patriotik). Manakala Cinta satey sedang dalam pertimbangan.


Menurut, Dr. Murali V.T., "love is caring and sharing" iaitu kita mengambil berat dan berkongsi perasaan dengan seseorang / subjek. Kenyataan itu ada benarnya kerana manusia menginginkan seseorang mengambil berat mengenainya, begitu juga dengan diri manusia sama ada fizikal atau emosi. Kemudiannya ia ingin mengkongsikan isi hatinya dengan seseorang. Sekiranya kedua-dua elemen ini wujud maka ia dipanggil sebagai C.I.N.T.A.


Bila cinta

Bila seseorang jatuh cinta, sama ada sedar atau tidak kelakuannya berubah dengan amat ketara. Untuk membezakan mereka dengan individu-individu yang yang membawa simptom H1N1 atau apa pun jenis penyakit bawaan manusia, hanya pengamatan ringkas sahaja yang anda perlukan. Asal bertembung sahaja dengan insan pujaan hati, mulut yang mempunyai keupayaan ala 'mesingan' tiba-tiba menjadi pistol kecil yang dipasang 'silincer'. Yang lembik, kepit, berhingus tiba-tiba menjadi hero filem Hindustan yang tahu mengayakan lagu yang dinyanyikan orang lain(lip sing) atau pun terselah segala sifat dan ciri-ciri Heroin mana-mana filem aksi maha ganas arahan budak baik. Pasti mudah tugas beliau bukan, baik kita tinggalkan filem arahan pengarah tersebut. Ada insan hanya dalam diam-diam sahaja memujai seseorang, entah sampai ke tidak hasrat hatinya... hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Situasi ini boleh disifatkan sebagai situasi 'syok sendiri' atau 'perasan'. Jangan khuatir, saya tidak memperlekeh atau memperkecilkan keadaan yang menimpa diri anda, tidak salah memuja seseorang walaupun hasrat hati kita berbeza. Umpamanya kawan saya yang tergila-gilakan Brad Pitt. Saya menghormati beliau walaupun sehingga sekarang beliau MASIH belum lagi meluahkan perasaan beliau kepada jejaka yang akhirnya menjadi suami orang. Begitu juga dengan diri saya tapi apakan daya jauh sungguh United State of America (mesti full nama tu) sekiranya hanya nak meluahkan perasaan kepada Nicole Kidman walaupun Australia nampak lebih dekat. Gara-gara takut Wan from Australia ternampak. Tergiang-giang di dalam hati (kalau boleh sebutlah sekuat hatimu) nama insan tersebut, kalau boleh tidur pun bermimpikan mereka. Jika kawan-kawan menyebut nama insan tersebut, pasti kita memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan atau apa-apa hal remeh-temeh sekali pun, kita akan mendengar seolah-olah mendengar ceramah di institut sahaja.


Situasi seterusnya ialah apabila kucing bertemu kucing. Makhluk yang kononnya malu-malu kucing ini hanya mampu memendam perasaan. Perhubungan mereka adalah berdasarkan standard operation manual(kawan baik je). Walhal masing-masing memendam 'dendam' yang tak terbalas. Kalau boleh ingin sahaja diluahkan segala isi perut dengan hatinya. Namun perasaan di pihak yang satu lagi tak ketahuan. Adakah dia menyukai aku? Mungkin aku syok sendiri? Apa terjadi jika aku....? Soalan demi persoalan bermain di benak fikiran hinggakan keputusan mahkamah awam tidak jua ketemu. Bila kena masanya barulah ia menjadi kisah cinta...tetapi sekiranya sekian lama menunggu jawapan dari salah seorang yang menunggu..yang terus menunggu..pasti penghujung ceritanya cukup berbeza kerana bak kata Mat salleh yang baru sahaja chat dengan saya tadi Mr Mike: Early bird gets the worm apabila beliau mencuri tanaman ku di dalam permainan facebook pagi tadi. Kejam tapi simbolik. Begitulah cinta. Ironinya bila masa dan tika terhidang...kita pula sibuk mencari masa yang sesuai atau kerana kita merasakan bahawa belum masanya lagi sambil memikirkan "kenapa la aku ni lembab sangat... " bila sudah terlambat tertinggal bas pagi tadi.


Banyak ungkapan mengenai cinta yang biasa kita dengar. Antaranya cinta itu buta, patutlah mengapa cinta itu dikatakan buta sebab ia tidak bermata, yang bermata hanya insan-insan yang bermata itu. Seperti insan biasa yang mencari jodohnya, apa yang diinginkan tidak semestinya termakbul. Meraba dalam kegelapan maka ia pun terjumpa jodohnya sama ada ia tahu atau tidak, itu yang ia inginkan. Kita menyintai seseorang tanpa mengambilkira banyak perkara. Seseorang mungkin tidak kisah apa bangsa, agama, latar belakang, darjat, kebendaan/keberadaan, sikap atau apa sahaja sifat yang bertentangan atau selari dengan kehendaknya apabila ia sudah jatuh cinta. Bila bercinta semuanya indah-indah belaka, tiada yang buruk atau hodoh, segala kelemahan / kekurangan diketepikan malah di'ghaib'kan di dalam pandangan mata hati seseorang.


Mengapa kita cinta kepada seseorang? Adakah kerana paras rupanya? Sifat yang ada pada dirinya? Status beliau? Atau anda memang seseorang yang mata duitan(seperti saya). Itu terpulang kepada diri masing-masing. Tapi jangan jatuh cinta kerana simpati kerana tiada tujuannya bercinta atas sebab simpati akan keadaan seseorang. Banyak insan yang jatuh cinta kerana simpati dan terhutang budi(bukan body) menyebabkan tiada sebab di dalam diri mereka mengapa mereka mencintainya. Ada yang mengatakan bahawa si dia mempunyai X-factor nya sendiri apabila kita sendiri agak sukar merungkai sebabnya.


Orang yang cinta dan sayangkan kita sanggup menerima diri kita apa seadanya, memahami perasaan, menjadi kawan kepada rakan-rakan kita (yang menentukan sama ada si dia menerima kedua orang tua kita), mengambil berat dalam hampir semua aspek kehidupan kita. Sekiranya dia mampu berbuat demikian, maka anda seharusnya mampu sekurang-kurangnya untuk mencuba.


Pasti anda tertanya-tanya bila la agaknya blog yang saya tulis ini nak habis. Makin dibaca makin terpaksa lah anda membacanya untuk melengkapkan apa yang telah anda mulakan dahulu.


Tiada yang lebih indah bagi setiap insan di dunia ini dengan mengakhiri zaman bujang mereka tahap lebih tinggi iaitu alam perkahwinan. Namun demikian saya tidak akan membincangkan hal-hal berkaitan perkahwinan. Tunggulah bila saya dah kahwin baru saya bincangkan.


Perpisahan

Namun perpisahan tidak dapat diduga dan adakalanya diundang dalam majlis perpisahan yang tidak dirancang. Perpisahan membawa kesedihan, marah, keliru, kecewa atau gembira? lega? bebas? pelbagai jenis emosi terhasil melalui perpisahan. Yang pastinya ia bersifat negatif dan positif terhadap pasangan yang mengalami 'breakaway'. Cinta itu buta. Semasa mula-mula mengenalinya, sedikit pun kita tidak kenal siapakah insan yang kita puja... bila lama-kelamaan, makin kita mengenalinya makin banyak yang kita sematkan di dalam hati sehinggakan nombor 12 digit akaun Maybank atau nombor kad pengenalan datuk beliau yang dah lama meninggal pun anda tahu. Tidak seperti teori-teori yang diajar para pensyarah atau guru kita semasa di sekolah yang memerlukan kemahiran 'kuku besi' untuk mengingatkan anda hanya beberapa ketul ilmu sahaja. Itulah ironi yang telah menjadi sebahagian daripada hidup anda dan saya(mungkin). Keburukannya langsung kita tidak ambil peduli walaupun beliau baru sahaja membelasah anak jiran sebelah rumah anda yang nakal tu.


Mengapa ini terjadi? Banyak faktor luaran dan dalaman tidak dapat dielakkan. Paling mudah ialah apabila kita mengetahui perpisahan berlaku disebabkan perkara yang mutlak iaitu salah seorang telah 'pergi ke sana', mereka mempunyai jantina yang sama( pasti tak boleh), perhubungan jarak jauh (biasa nya salah seorang akan berada di bulan dan seorang di bumi) yang dapat dikaitkan dengan beberapa teori hubungkait bersandar iaitu jarak mempengaruhi tahap cinta seseorang dan tempoh masa juga memainkan peranannya. Kesan jarak dan masa agak subjektif dan abstrak kerana ia memberi dua jenis kesan iaitu cinta seseorang itu makin kuat atau pudar. Semakin jauh semakin rindu dan kuatnya cinta seseorang terhadap kekasihnya. Namun semakin lama dibiarkan, insan-insan kensunyian ini mendapati cinta mereka makin pudar dan dalam tempoh yang sama cinta yang lain datang bertandang. Toleransi tersebut ada hadnya, apabila salah seorang sudah tidak mampu untuk meneruskannya maka berlakulah pergaduhan atau serang-menyerang. Bila tiada rundingan atau genjatan senjata dilakukan, maka situasi yang dipanggil perpisahan terjadi. Sesunguhnya cinta itu hipokrit.


Satu sebab yang sentiasa menjadi racun dalam membunuh cinta adalah cinta yang satu lagi atau curang. Apabila sesuatu hubungan dirundung masalah, tekanan, tidak dapat dinafikan bila salah seorang daripada mereka telah mengambil jalan lain bagi memenuhi kekosongan di dalam diri. Kerana perselisihan faham yang kecil, beliau melihat individu lain lebih sempurna dan berusaha untuk melarikan diri daripada individu yang disayangi. Sungguh tergamak atas nama cinta bagi dirinya, kemahuan diri perlu dipenuhi tetapi itulah lumrah manusia. Keadaan ini banyak menyumbang kepada kes serang hendap ala gerilla serta serangan ala kamikaze yang menyumbang kepada berita di akhbar-akhbar tempatan, forum, mesyuarat kampung dan kisah dalam novel seram(bukan cinta). Kesannya tidak pernah difikirkan kemudian. Sebab itulah penyesalan selalu berada di penghujung cerita menunggu anda.


Cinta yang berlandaskan kepada materialistik selalunya berakhir dengan perkahwinan? Pelik ke? Mengapa seseorang wanita memilih seorang lelaki yang agak berusia tetapi berada? Sebabnya adalah masa depan yang terjamin. Mereka inginkan insan yang stabil dari segi kewangan kerana masa depan anak yang akan mereka lahirkan, bergantung kepada kemampuan si ayah. Itulah naluri wanita yang sehingga sekarang dipersoalkan oleh sesetengah individu.(lelaki dan perempuan) Bunyi materialistik agak kurang sedap didengar bukan? Tetapi sekiranya ditukarkan kepada "kehidupan yang stabil" pasti elok sedikit bunyinya. Ada cinta di antara dua status iaitu si miskin dan si kaya. Kisah ini tidak ingin saya utarakan(atau pun selatankan) banyak sangat drama dari seberang yang telah saya tonton(dipaksa).


Perpisahan yang paling kecil dan halus liabilitinya ialah perpisahan di antara dua insan yang masih belum rapat lagi perhubungannya dan kedua-dua mereka belum mempunyai ketetapan untuk terus bersama tetapi saling menyukai. Masa (akibat lama tak berhubung) dan jarak antara penyebabnya. Perpisahan ini tidak memerlukan kata-kata atau sms untuk melakukannya, hanya masa. Masing-masing tahu bahawa hubungan mereka sudah tiada tanpa perlu diucapkan. Mudah bukan? Tiada lagi tangisan, tiada lagi lakonan, demam / dendam? Yang ada hanyalah sebuah kisah untuk diperdengarkan kepada rakan-rakan semasa sedang asyik lepak di warung mamak atau idea untuk penulis novel menamatkan kisah cinta kabur mereka.


Akhir kata

Cinta berkonsepkan kepercayaan di antara dua insan. Tanpa kepercayaan maka tiadalah keyakinan, tiadalah kesetiaan, tiadalah kesinambungan kisah cinta agung anda dan apa gunanya anda bercinta jika sentiasa risau akan kesetiaan pasangan sendiri? Percayalah bahawa pasangan kita mempercayai kita sepertimana kita mempercayainya, nescaya cinta anda berkekalan. Bila anda percayakannya, yakinlah bahawa itulah yang sepatutnya dan setialah kepadanya. Tetapi janganlah dilupa kepada yang sentiasa menyayangi kita, yang sentiasa bersama kita di waktu susah dan senang, dan Dia yang menentukan segala.


Friday 18 September 2009

Call it a day?

Time had almost come and it's about time to call it a day. I'll try my best not to overwork my almost wear body while giving my mind a clear space. I'm just a lone soul roaming in this world in search for a place to go to cheer me up. As long I'm content with it, I'll always thankful with everything I have. Whether it's good or bad, I can accept that because I'm a fighter. I fight for my right, for every opportunity and for my life.

Along the way, there are lot's of obstacle barring us from reaching the unimaginable sky high above. As long as we learnt how to fly then we can; it's up to us how high we want to fly.

Sometime there are time when we felt that enough is enough, we want something new to make our life more interesting and and better than the one we're having currently.

Tuesday 15 September 2009

A day has come...

This day is very significant to me. It's the day that once again I'm willing to held myself as a fighter! I survived the fight to ensure that my life is moving on. Through sweat and pain, and here I'm, still blogging wondering what to type. Is there anything in life that I really need? There are plenty of it yet I wish not get all of it at once. Time is running out and my practical is almost come to an end. It bring lots of good memories to me that I won't forget in my life as I see life in a different perspectives. Along the I way, I met lots of good friends. The opportunities is always there only for me to discover it...

Keep on fighting!

True Globalization?


Question : What is the truest definition of Globalization ?

Answer : Princess Diana's death .

Question : How come ?

Answer :An English princess with an

Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel, driving a German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish whisky: followed closely by Italian Paparazzis in Japanese motorcycles; treated by an American doctor, using Brazilian medicines.

And moreover this is sent to you by an

Indian, using American (Bill Gates's) technology, and you're probably reading this on your computer, that use Taiwanese chips, and a Korean monitor, assembled by Bangladeshi workers in a Singapore plant, transported by Pakistan lorry-drivers, hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, and trucked to you by Mexican illegals.....


That, my friend, is

"" Globalization ""

Hope u got it...???

Saturday 12 September 2009

Redcarrot?

Just now (this evening) me and my classmates went to redcarrot. It's quite nice place to hang around while enjoying delicious meals. The atmosphere is almost quite the same as an old place where I used to hang out with someone in the past. A while after our arrival at redcarrot, rain starts to pour heavily outside (which weaken my aura). The place where it starts and end; Station One at Kajang. I loved to enjoy the food there while enjoying the atmospehere around. Except that the amount of food served is fewer than the one offered by Station One.

My menu; fish n chip, yummy....oh I already finished the red bean (not in the picture only leftover hehe)

My classmate Azah and Minah

* Other photos will be uploaded once I had retrieved it from Azi.


Along the way home we got lost. It's seems that our 'pilot' and 'co-pilot' malfunctioned during night 'operation' because we're off budget to get a competent 'pilot' and 'co-pilot'. At least it's economic, the 'pilot' finally get us out from the 'lost zone' and everyone live happily ever after. Thankful the rain didn't last long and that saved me from 'aura depleting symptoms' that can caused several unwanted behaviors like popping your eyes on a rice bowl while having a sip of soup with your friends, eating muffin at KFC without inviting me, playing tennis using a ping pong bat...ok that's out of logic. Overall it's a nice outing with my fellow friends especially during fasting month(Ramadhan).

About life?

" Life is so long when things getting hard and we wish that it ends quickly leaving us;
It's is so short when we haven't had enough of it"


- kaiserstan -

Just twist your tongue...

A Cup of Coffee

A cup of proper coffee in a copper coffee cup,
A cupcake cook in a cupcake cook's cupcakes,
Ape Cakes, Grape Cakes,
Catch a can canner canning a can as he does the can can,
and you've caught a can-canning can-canning can canner,
Cheap sheep soup,
Chocolate chips cookies in a copper coffee cup,
Cinnamon aluminium linoleum,
Clean clams crammed in clean cans,
Crisp crust crackles,
Curthbert's cufflinks,
How much can can a cannibal nibble,
If a cannibal can nibble can?
If you must cross a course cross cow across a crowded cow crossing,
Cross the cross coarse cow across the crowded cow crossing carefully,
Top chopstick shops stock top chopsticks.

Tuesday 8 September 2009

KFC - O?

Ya filem kali ini pastinya lebih fiery and crunchy dari resipi ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) cuma tiada ayam dipaksa untuk digoreng atau menyertai sesi uji bakat dan melalui ujian Mtest. Cuma tajuknya ialah KFC(O) iaitu Kami Fasih Cakap Omputih. Di sebuah negara di mana rata-rata rakyatnya berbahasa dalam bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Bengali, Myanmar, Vietnam, Nepal, Indonesia dan tidak lupa juga dengan bahasa kesat dan bahasa Jerman. Bahasa Inggeris seperti yang kita tahu telah diketengahkan sebagai bahasa ilmu di dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah. Bila sebaliknya terjadi, maka ia dipanggil bahasa omputih.


 

Kisah ini berkisar seperti mesin pengisar ais abang cendol, mengenai sekumpulan remaja muda mudi (kononnya lah) yang bersungguh-sungguh dalam mencapai hasrat mereka untuk membuat pesanan di supermarket, seven eleven dan KFC menggunakan bahasa Inggeris tahap band 6 (MUET) kerana takut premis tersebut tidak memahami percakapan mereka yang terlampau canggih dan takut kena tipu.


 

Filem yang dikeluarkan dengan budget RMK-9 yang lebih oleh Kementerian Penerangan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai pentingnya bahasa Inggeris dalam pendidikan dan bukannya mengetepikan bahasa Melayu yang selama ini menjadi tunjang perpaduan negara. Filem ini juga ditaja oleh beberapa individu yang mempunyai bau-bau belacan dengan Perdana Menteri, Timbalan Menteri, serta ahli-ahli politik di Malaysia iaitu tukang kebun, jaga, orang gaji serta tidak ketinggalan drivernya sekali. Sumbangan berbentuk duit kopi tidak dilayan sama sekali tetapi boleh disalurkan kepada PDRM semasa hari bersama SPRM.


 

Tidak seperti yang dijangkakan seperti filem-filem biasa arahan sutradara terbilang di dunia ini iaitu budak baik yang banyak memaparkan aksi-aksi ganas dan canggih seperti filem-filem Hollywood atau jiwang karat tahap Bollywood, filem ini pasti menyebabkan anda lentok sehingga terkeluar air liur basi seperti yang biasa dilakukan oleh teman seperjuangan saya di institut. Tapi sekiranya anda sayangkan negara anda yang tercinta ini, maka tontonilah tanpa rasa terpaksa walaupun kakak sebelah kita mengacukan senapang gajah di kepala kita jika kita buat-buat tengok sahaja sebab rugi bayar bila dah pakai duit elaun, lainlah jika anda disponsor.


 

Aksi-aksi ganas telah digantikan dengan aktiviti pengajaran kelas dengan bahan bantu mengajar yang canggih yang memaksa pengarah mendapatkan pakar animasi CGI(Computer Generated Image) dari seberang (atas sebab kos murah) untuk menghidupkan lagi kecanggihan bahan bantu mengajar tersebut. Di akhir pengajaran, kelas akan ditutup dengan refleksi oleh para pelajar mengenai perkataan yang baharu sahaja mereka pelajari. Perkataan tersebut(word card) akan dibawa ke merata-rata tempat umpama murid kelas pemulihan dan akan disebut bila rakan-rakan mereka bertanya khabar. Satu-satunya aksi yang agak sinigfikan dalam filem ini adalah apabila watak utama filem ini cuba menyebut perkataan "I want tissue please" di kaunter pertanyaan KFC kerana perasaan terharu apabila beliau dapat membuat pesanan dalam 4 patah perkataan iaitu "I want kentaki please". Untuk babak ini, sila sediakan tisu jenama Mak Andam sahaja kerana tisu ini banyak dijual di gerai-gerai mamak yang berdekatan.


 

Filem ini yang dijayakan oleh pelakon terkenal yang tidak asing lagi abang Wan from Australia, Ketua Kampung dan YB(bukan yang buncit ya) yang baik akan membawakan watak yang jauh berbeza dari sebelumnya. Tidak seperti filem-filem lain arahan budak baik sebelum ini yang tidak menampakkan heroin ala Hindustan, kali ini ada heroin nya! Tapi kerjanya bukanlah bergelek umpama artis Hindustan. Heroin-heroin filem ini hanya memainkan peranan ringkas sahaja iaitu hibernasi dalam keadaan kiut (konon nya lah) semasa kelas dijalankan. Hebat bukan? Pasti tiada filem sebegini akan dikeluarkan lagi dalam tempoh berzaman atau memang tiada pun. Ia adalah satu dalam berjuta (jika ada). Saya berani janji bahawa ini bukan filem biasa yang anda sanggup hancurkan tabung duit buluh semata-mata untuk menontonnya. Ia memang membazirkan duit-duit anda yang comel itu, baik dermakan kepada saya untuk membeli kamera digital SLR Canon 1000D.


 

Menurut pengarah filem ini, iaitu budak baik filem ini bukan sahaja ditujukan kepada generasi muda sahaja tetapi khusus untuk insan-insan yang agak sukar mendapatkan mood untuk tidur malam. Menurut beliau lagi, semenjak mengeluarkan filem ini, beliau telah tangkap lentok sehingga ke petang walaupun hujan tak turun lagi di Bandar Sarikei minggu ini setelah menonton filem ini belasan kali tanpa henti. Setakat ini beberapa pengusaha filem telah menawarkan khidmat untuk membuat sekuel filem ini iaitu KFC-O2 dengan beberapa tema seperti "ini bukan kentaki yang saya order" dan "english is so good that it's feet licking". Namun demikian, budak baik belum memutuskan tema filem yang dikira catchy bagi beliau. Menurut beliau lagi (dia lagi), filem ini telah dicalonkan di Festival Filem Canes dan Borneo Rainforest Festival dan dijangka dihadiri oleh saudara-mara pengarah dan barisan pelakon filem ini sahaja. Maka janganlah khuatir jika nama anda tidak tersenarai sebagai para jemputan buang duit sahaja pergi ke sana.

Friday 4 September 2009

How to enjoy your life?

Here are some few tips from me:

1. Spend your time with your loves one. Your family, friends and of course someone who is special to you.

2. Live your dream. Do anything you could possibly think and have time to. Buy your favourite outfit, accessories, toys, books, techi gadgets, new set of cooking utensil that you always wanted since your childhood.

3. Enjoy your favourite meal. Learn how to cook and make it as what you always wanted the most. Eat healthy.

4. Have a good rest. Clear your mind from problems for a while. Sit down and have a deep thought and relax... Have a good sleep.

5. Keep yourself fit. Do some workout or go out there and play any sport you loved the most. Healthy body can make you feel more energetic, active and cheer you up all all day long.

6. Learn something new. Buy a manual or tools and learn how to use it. You can learn how to repair a computer, petting an exotic animal, playing tennis, solving cubic puzzle or learn how to speak in Japanese. You'll never thought what you gain once you master it. Wasn't that great?

7. Enjoy the day. Try to wake up early in the morning. Take a walk and watch how calm and pleasant the morning can give you as you watch the sunrise and the sun set down in the evening. The world is so beautiful to be missed and not to be enjoyed.

Daisypath Anniversary tickers