Tuesday 8 September 2009

KFC - O?

Ya filem kali ini pastinya lebih fiery and crunchy dari resipi ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) cuma tiada ayam dipaksa untuk digoreng atau menyertai sesi uji bakat dan melalui ujian Mtest. Cuma tajuknya ialah KFC(O) iaitu Kami Fasih Cakap Omputih. Di sebuah negara di mana rata-rata rakyatnya berbahasa dalam bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Bengali, Myanmar, Vietnam, Nepal, Indonesia dan tidak lupa juga dengan bahasa kesat dan bahasa Jerman. Bahasa Inggeris seperti yang kita tahu telah diketengahkan sebagai bahasa ilmu di dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah. Bila sebaliknya terjadi, maka ia dipanggil bahasa omputih.


 

Kisah ini berkisar seperti mesin pengisar ais abang cendol, mengenai sekumpulan remaja muda mudi (kononnya lah) yang bersungguh-sungguh dalam mencapai hasrat mereka untuk membuat pesanan di supermarket, seven eleven dan KFC menggunakan bahasa Inggeris tahap band 6 (MUET) kerana takut premis tersebut tidak memahami percakapan mereka yang terlampau canggih dan takut kena tipu.


 

Filem yang dikeluarkan dengan budget RMK-9 yang lebih oleh Kementerian Penerangan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai pentingnya bahasa Inggeris dalam pendidikan dan bukannya mengetepikan bahasa Melayu yang selama ini menjadi tunjang perpaduan negara. Filem ini juga ditaja oleh beberapa individu yang mempunyai bau-bau belacan dengan Perdana Menteri, Timbalan Menteri, serta ahli-ahli politik di Malaysia iaitu tukang kebun, jaga, orang gaji serta tidak ketinggalan drivernya sekali. Sumbangan berbentuk duit kopi tidak dilayan sama sekali tetapi boleh disalurkan kepada PDRM semasa hari bersama SPRM.


 

Tidak seperti yang dijangkakan seperti filem-filem biasa arahan sutradara terbilang di dunia ini iaitu budak baik yang banyak memaparkan aksi-aksi ganas dan canggih seperti filem-filem Hollywood atau jiwang karat tahap Bollywood, filem ini pasti menyebabkan anda lentok sehingga terkeluar air liur basi seperti yang biasa dilakukan oleh teman seperjuangan saya di institut. Tapi sekiranya anda sayangkan negara anda yang tercinta ini, maka tontonilah tanpa rasa terpaksa walaupun kakak sebelah kita mengacukan senapang gajah di kepala kita jika kita buat-buat tengok sahaja sebab rugi bayar bila dah pakai duit elaun, lainlah jika anda disponsor.


 

Aksi-aksi ganas telah digantikan dengan aktiviti pengajaran kelas dengan bahan bantu mengajar yang canggih yang memaksa pengarah mendapatkan pakar animasi CGI(Computer Generated Image) dari seberang (atas sebab kos murah) untuk menghidupkan lagi kecanggihan bahan bantu mengajar tersebut. Di akhir pengajaran, kelas akan ditutup dengan refleksi oleh para pelajar mengenai perkataan yang baharu sahaja mereka pelajari. Perkataan tersebut(word card) akan dibawa ke merata-rata tempat umpama murid kelas pemulihan dan akan disebut bila rakan-rakan mereka bertanya khabar. Satu-satunya aksi yang agak sinigfikan dalam filem ini adalah apabila watak utama filem ini cuba menyebut perkataan "I want tissue please" di kaunter pertanyaan KFC kerana perasaan terharu apabila beliau dapat membuat pesanan dalam 4 patah perkataan iaitu "I want kentaki please". Untuk babak ini, sila sediakan tisu jenama Mak Andam sahaja kerana tisu ini banyak dijual di gerai-gerai mamak yang berdekatan.


 

Filem ini yang dijayakan oleh pelakon terkenal yang tidak asing lagi abang Wan from Australia, Ketua Kampung dan YB(bukan yang buncit ya) yang baik akan membawakan watak yang jauh berbeza dari sebelumnya. Tidak seperti filem-filem lain arahan budak baik sebelum ini yang tidak menampakkan heroin ala Hindustan, kali ini ada heroin nya! Tapi kerjanya bukanlah bergelek umpama artis Hindustan. Heroin-heroin filem ini hanya memainkan peranan ringkas sahaja iaitu hibernasi dalam keadaan kiut (konon nya lah) semasa kelas dijalankan. Hebat bukan? Pasti tiada filem sebegini akan dikeluarkan lagi dalam tempoh berzaman atau memang tiada pun. Ia adalah satu dalam berjuta (jika ada). Saya berani janji bahawa ini bukan filem biasa yang anda sanggup hancurkan tabung duit buluh semata-mata untuk menontonnya. Ia memang membazirkan duit-duit anda yang comel itu, baik dermakan kepada saya untuk membeli kamera digital SLR Canon 1000D.


 

Menurut pengarah filem ini, iaitu budak baik filem ini bukan sahaja ditujukan kepada generasi muda sahaja tetapi khusus untuk insan-insan yang agak sukar mendapatkan mood untuk tidur malam. Menurut beliau lagi, semenjak mengeluarkan filem ini, beliau telah tangkap lentok sehingga ke petang walaupun hujan tak turun lagi di Bandar Sarikei minggu ini setelah menonton filem ini belasan kali tanpa henti. Setakat ini beberapa pengusaha filem telah menawarkan khidmat untuk membuat sekuel filem ini iaitu KFC-O2 dengan beberapa tema seperti "ini bukan kentaki yang saya order" dan "english is so good that it's feet licking". Namun demikian, budak baik belum memutuskan tema filem yang dikira catchy bagi beliau. Menurut beliau lagi (dia lagi), filem ini telah dicalonkan di Festival Filem Canes dan Borneo Rainforest Festival dan dijangka dihadiri oleh saudara-mara pengarah dan barisan pelakon filem ini sahaja. Maka janganlah khuatir jika nama anda tidak tersenarai sebagai para jemputan buang duit sahaja pergi ke sana.

1 comments from fighter:

Siti Aminah AGMA said...

amboi2x....ayam kfc tetap best!!!!

Daisypath Anniversary tickers