Saturday, 29 August 2009

Cuti Sekolah...

Sekali lagi dalam blog ini, setelah berfikiran agak jauh dan luas seperti Datuk Idris Jala yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri di JPM tanpa portfolio, tahniah kepada beliau. Baik, itu memang tak ada kaitannya dengan apa yang akan saya coretkan di sini atau pun kenapa beliau tidak belanja saya makan muffin di KLIA dahulu.

Cuti? Tiada yang lebih indah bagi sesetengah insan dari cuti yang panjang tanpa perlu memikirkan masa depan dan menikmati muffin kegemaran mereka. Biasanya aktiviti hibernasi tidak dapat dielakkan. Sekiranya makhluk di negara bermusim hibernasi semasa musim sejuk, di negara kita, kalau boleh mereka hibernasi sepanjang masa tanpa mengira tempat biar air liur basi tumpah merata, mereka tetap berhibernasi. Betapa patriotik nya mereka sempena Hari Kemerdekaan ini nanti walhal saya telah menyambut kemerdekaan Ibu Pertiwiku 22 Julai ini.

Sepanjang cuti ini, saya melalui pelbagai kisah dan cerita ngeri dan menyeronokkan. Balik sahaja dari Kuching saya terpaksa menempuh perjalanan tanpa henti selama 12 jam seolah-olah Amazing Race yang mana pemenangnya tidak mendapat apa-apa hadiah melainkan keletihan yang amat sangat tambah-tambah lagi peserta tersebut hanya tidur selama 2 jam sahaja!

Keesokkanya perkara pertama yang terlintas di fikiranku...muffin! Ya makanan kegemaranku sewaktu susah senang. Aku masih ingat sewaktu aku terlupa untuk mengeluarkan wang di mesin ATM (sememmangnya aku malas nak keluarkan duit) dan dengan hanya berbekalkan syiling RM3.00 aku pergi ke kedai yang berhampiran. Sejenak aku berfikir, apakah makanan yang mengenyangkan dan hanya dapat ku beli dengan RM3.00. Mataku ternampak satu bungkusan muffin yang harganya dalam RM1.00 sahaja. Lantas aku membeli 3 bungkus untuk santapan ku pagi itu. Semenjak itu, muffin sentiasa menjadi makanan yang mengalas perutku bila sahaja aku tidak berselera makan sekembalinya dari kerja sehinggakan pekedai tersebut selalu bertanya khabar tentang muffin bila terserempak denganku. Itulah betapa kuatnya hubungan intim saya dengan benda yang dinamakan sebagai muffin! Ingat orang yang makan muffin adalah orang yang baik-baik.

Bila cuti, inilah peluang yang ada untuk membaca artikel dan mencari maklumat di internet sepuas-puasnya. Sebab dunia ICT bergerak pantas dan sekiranya kita dapat mengikuti perkembangannya jiwa kita sentiasa muda dan peka terhadap sebarang teknologi dan perkembangan terkini. Kalau boleh kepala ni nak disumbat dengan kabel fiber optik telekom (yang made in China) yang selalu dicuri itu.

Setelah sekian kalinya merantau, inilah peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang serta rakan-rakan. Betapa baiknya budak itu kan? 

Aktiviti perniagaan dan urusan jual beli dapat disambung antaranya menetukan harga getah sekilo, meramal pasaran buah dabai dan membeli muffin dalam kuantiti yang banyak untuk menaikkan harga di pasaran. Dengan ini, saya dapat memonopoli tanpa rasa malu dan segan umpama anak tokey kedai Ung Tong yang makan tak ajak saya pun.

Oleh itu, sebagai insan yang amat baik saya ucapkan teruskan berjuang jangan sampai meleleh hingus dihidungmu. (Keep on fighting)

0 comments from fighter:

Daisypath Anniversary tickers