Friday, 10 July 2009

Kentut?

Sekali lagi kita bersama lagi dalam post saya yang maha jahanam dan tak sedar diri nak mampus ini. Terima kasih saya lancarkan kepada anda kerana sanggup menunggu di pusat-pusat serenti, kaunter-kaunter LRT dan klinik-klinik desa kerajaan. Tidak lupa juga kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang setia melanggan pakej slowmyx semata-mata ingin membaca post saya di estet-estet perladangan di Malaysia. Isu yang saya ingin ketengahkan kali ini ialah isu KENTUT. Saya tidak perlu mengagak lagi kerana setiap hari insan-insan biasa kentut melainkan anda dilahirkan tidak berpunggung atau lahir seperti kutu di mana semua organnya di kepala. Sebab itulah kutu tidak kentut sebab insan-insan yang kentut haruslah mempunyai satu set punggung yang lengkap dari kedai membaiki radio yang berhampiran atau tanya ibu anda sekiranya ia masih berfungsi lagi untuk menjalankan aktiviti beriadah ini di waktu lapang sama ada bersama yang tersayang atau ahli keluarga masing-masing.



Tidak dapat dinafikan kita KENTUT pada setiap hari (bukan hampir) sama ada sekali atau 2 sudu selepas makan. Bagi masyarakat yang terkenal akan kemasyuran kesopanannya dan kesusilaannya kepada raja, masyarakat kita cukup enteng bila seseorang kentut sama ada berdepan, di belakang atau diketepikan. Kalau boleh, ingin sahaja kita mengoreng sehingga hangus insan-insan yang berani menyebarkan haruman wangi tanpa kebenaran kita seolah-olah kita ini subjek kajian eksperimen sains murid-murid tahun 4 sekolah rendah. Disebabkan itulah seseorang sanggup menahan kentutnya semasa persidangan PBB kerana bimbang perang dunia ketiga melutus gara-gara terkentut di dalam dewan atau semasa upacara angkat bakul naik lif. Kalau boleh, bila kita melepaskan senjata biologi tersebut, tentu ada insan lain dipersalahkan untuk menanggung jenayah juvana yang kita lakukan tanpa rasa bersalah sebentar tadi. Dewasa ini, ramai orang mengupah peguam untuk menjaga integriti, maruah dan melepaskan diri dari kesalahan ini. Boleh jadi andalah orang yang berpotensi untuk berbuat demikian. Malangnya bagi anda, peguam hanya boleh diupah dengan harga yang amat tinggi dan bukannya dibayar menggunakan bulu kaki atau dibelanja dengan roti canai kosong kafe Ramzan di Sarikei yang baru anda jamah pagi tadi sedangkan nak beli selipar jepun RM5 pun anda belek sampai 15 kali. Lainlah sekiranya anda mempunyai saudara seorang peguam atau kawan anda peguam, atau anda sendiri seorang PEGUAM dan tuan punya syarikat guaman.



Beginilah, sekiranya anda tak dapat menahan gelojak diri untuk kentut jangan lupa bawa balang atau plastik dan lepaskanlah haruman itu di dalam balang atau plastik jangan risau kerana bahan tersebut dapat menahan bunyi kentut anda dari kedengaran melainkan ada orang lain duduk sebelah anda dan memerhatikan tingkahlaku anda. Tetapi, pedulikan mereka dan jangan malu kerana anda menjalankan kewajipan dan tanggungjawab masyarakat Malaysia yang peka terhadap isu alam sekitar yang melibatkan pencemaran udara. Anda perlu sedar, kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menjalankan kempen, penguatkuasaan, dan peralatan untuk mengurangkan indeks pencemaran udara di negara kita. Ini secara tidak langsung mengurangkan lagi perbelanjaan kerajaan dalam mengatasi masalah pencemaran dan dapat berfokus kepada pembangunan lain seperti ekonomi. Dapatkah anda melihat pertaliannya? Kentut mempengaruhi ekonomi negara! Lihatlah betapa besarnya impak kentut dalam kehidupan kita seharian. Sekiranya ada individu mempertikaikan kaedah yang saya senaraikan tadi, saya rasa mereka perlulah dipulihkan terlebih dahulu di pusat jagaan kanak-kanak.



Kaedah ini boleh dibudayakan di kalangan masyarakat kita yang terlampau sopan dan mesra alam tambah-tambah lagi semenjak kecil lagi. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari sekarang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian baru terima gaji hujung bulan. Budaya ini boleh ditambah di samping program lain di sekolah seperti mencuci gigi dan berkumur. Sekiranya kita terlupa membawa balang atau plastik, jangan risau minta kebenaran dari orang sekeliling "maafkan saya, boleh saya harumkan lif ini dengan kentut saya" pasti mereka bersedia dengan segala kemungkinan seperti teori kesediaan belajar Thorndike yang kita pelajari di sekolah rendah. Palingkurang tindakbalas dari individu tersebut mungkin dia menutup hidungnya atau menghadiahkan anda anugerah terindah dari tapak kakinya kepada anda. Sekiranya yang paling teruk akan anda terima, bersedialah untuk memikirkan hari esok kerana wajah mereka mungkin yang paling terakhir anda tatap. Jika anda mempunyai penyakit kronik dan asyik kentut tanpa mengira masa dan tempat sehinggakan balang dan plastik tidak mencukupi seperti yang berlaku di dalam bas ke East Valley di Serian, duduklah di rumah dan terima seadanya bahawa anda seorang yang paling layak untuk menikmati kewangian haruman anda sendiri. Ingat! Jangan upgrade kentut anda menjadi satu hobi unik yang diamalkan remaja pada masa kini seperti mencium tahi lembu dan shuffle. Adakalanya kreativiti anda perlu diterhadkan.



Ingat bak kata-kata Zainal Alam : "Kentut siapa, kalau bukan kentut anda, bau pulak tu!"



* Michael Jackson, Rest In Peace! Love your song and missed you forever.

2 comments from fighter:

Siti Aminah AGMA said...

baru2 tuk aku dah terkenak 'bom' oleh org yg plg dekat ngan aku....mun wangi xjuak apa, tuk....aduh...teruk na juak eh, cisdale betul....eeee

kaiserstan said...

Isk...macam kenal orang yang menghadiahkan 'bom' itu...
Memang Cheesedale orang itu...

Daisypath Anniversary tickers