Showing posts with label Kentut. Show all posts
Showing posts with label Kentut. Show all posts

Friday, 10 July 2009

Kentut?

Sekali lagi kita bersama lagi dalam post saya yang maha jahanam dan tak sedar diri nak mampus ini. Terima kasih saya lancarkan kepada anda kerana sanggup menunggu di pusat-pusat serenti, kaunter-kaunter LRT dan klinik-klinik desa kerajaan. Tidak lupa juga kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang setia melanggan pakej slowmyx semata-mata ingin membaca post saya di estet-estet perladangan di Malaysia. Isu yang saya ingin ketengahkan kali ini ialah isu KENTUT. Saya tidak perlu mengagak lagi kerana setiap hari insan-insan biasa kentut melainkan anda dilahirkan tidak berpunggung atau lahir seperti kutu di mana semua organnya di kepala. Sebab itulah kutu tidak kentut sebab insan-insan yang kentut haruslah mempunyai satu set punggung yang lengkap dari kedai membaiki radio yang berhampiran atau tanya ibu anda sekiranya ia masih berfungsi lagi untuk menjalankan aktiviti beriadah ini di waktu lapang sama ada bersama yang tersayang atau ahli keluarga masing-masing.



Tidak dapat dinafikan kita KENTUT pada setiap hari (bukan hampir) sama ada sekali atau 2 sudu selepas makan. Bagi masyarakat yang terkenal akan kemasyuran kesopanannya dan kesusilaannya kepada raja, masyarakat kita cukup enteng bila seseorang kentut sama ada berdepan, di belakang atau diketepikan. Kalau boleh, ingin sahaja kita mengoreng sehingga hangus insan-insan yang berani menyebarkan haruman wangi tanpa kebenaran kita seolah-olah kita ini subjek kajian eksperimen sains murid-murid tahun 4 sekolah rendah. Disebabkan itulah seseorang sanggup menahan kentutnya semasa persidangan PBB kerana bimbang perang dunia ketiga melutus gara-gara terkentut di dalam dewan atau semasa upacara angkat bakul naik lif. Kalau boleh, bila kita melepaskan senjata biologi tersebut, tentu ada insan lain dipersalahkan untuk menanggung jenayah juvana yang kita lakukan tanpa rasa bersalah sebentar tadi. Dewasa ini, ramai orang mengupah peguam untuk menjaga integriti, maruah dan melepaskan diri dari kesalahan ini. Boleh jadi andalah orang yang berpotensi untuk berbuat demikian. Malangnya bagi anda, peguam hanya boleh diupah dengan harga yang amat tinggi dan bukannya dibayar menggunakan bulu kaki atau dibelanja dengan roti canai kosong kafe Ramzan di Sarikei yang baru anda jamah pagi tadi sedangkan nak beli selipar jepun RM5 pun anda belek sampai 15 kali. Lainlah sekiranya anda mempunyai saudara seorang peguam atau kawan anda peguam, atau anda sendiri seorang PEGUAM dan tuan punya syarikat guaman.



Beginilah, sekiranya anda tak dapat menahan gelojak diri untuk kentut jangan lupa bawa balang atau plastik dan lepaskanlah haruman itu di dalam balang atau plastik jangan risau kerana bahan tersebut dapat menahan bunyi kentut anda dari kedengaran melainkan ada orang lain duduk sebelah anda dan memerhatikan tingkahlaku anda. Tetapi, pedulikan mereka dan jangan malu kerana anda menjalankan kewajipan dan tanggungjawab masyarakat Malaysia yang peka terhadap isu alam sekitar yang melibatkan pencemaran udara. Anda perlu sedar, kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menjalankan kempen, penguatkuasaan, dan peralatan untuk mengurangkan indeks pencemaran udara di negara kita. Ini secara tidak langsung mengurangkan lagi perbelanjaan kerajaan dalam mengatasi masalah pencemaran dan dapat berfokus kepada pembangunan lain seperti ekonomi. Dapatkah anda melihat pertaliannya? Kentut mempengaruhi ekonomi negara! Lihatlah betapa besarnya impak kentut dalam kehidupan kita seharian. Sekiranya ada individu mempertikaikan kaedah yang saya senaraikan tadi, saya rasa mereka perlulah dipulihkan terlebih dahulu di pusat jagaan kanak-kanak.



Kaedah ini boleh dibudayakan di kalangan masyarakat kita yang terlampau sopan dan mesra alam tambah-tambah lagi semenjak kecil lagi. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari sekarang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian baru terima gaji hujung bulan. Budaya ini boleh ditambah di samping program lain di sekolah seperti mencuci gigi dan berkumur. Sekiranya kita terlupa membawa balang atau plastik, jangan risau minta kebenaran dari orang sekeliling "maafkan saya, boleh saya harumkan lif ini dengan kentut saya" pasti mereka bersedia dengan segala kemungkinan seperti teori kesediaan belajar Thorndike yang kita pelajari di sekolah rendah. Palingkurang tindakbalas dari individu tersebut mungkin dia menutup hidungnya atau menghadiahkan anda anugerah terindah dari tapak kakinya kepada anda. Sekiranya yang paling teruk akan anda terima, bersedialah untuk memikirkan hari esok kerana wajah mereka mungkin yang paling terakhir anda tatap. Jika anda mempunyai penyakit kronik dan asyik kentut tanpa mengira masa dan tempat sehinggakan balang dan plastik tidak mencukupi seperti yang berlaku di dalam bas ke East Valley di Serian, duduklah di rumah dan terima seadanya bahawa anda seorang yang paling layak untuk menikmati kewangian haruman anda sendiri. Ingat! Jangan upgrade kentut anda menjadi satu hobi unik yang diamalkan remaja pada masa kini seperti mencium tahi lembu dan shuffle. Adakalanya kreativiti anda perlu diterhadkan.



Ingat bak kata-kata Zainal Alam : "Kentut siapa, kalau bukan kentut anda, bau pulak tu!"



* Michael Jackson, Rest In Peace! Love your song and missed you forever.

Wednesday, 17 June 2009

Fakta mengenai KENTUT!!!

Ini adalah fakta yang baru saya perolehi daripada seorang kawan. Selamat belajar.


1. Dari mana asal kentut?

Dari gas dalam usus.

Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.



2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana

tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.



3. Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.



4... Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.



5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)



6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.



7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong

isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.



8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.



9. Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.



10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg

dikeluarkan.



11. Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.



12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).



13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).



14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.



15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan.. tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor.. Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.



16. Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.



17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.



18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.



19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.



20. Apakah warna kentut?

Tidak berwarna.



21. Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).



22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Daisypath Anniversary tickers